Persatuan Dato’ Pahang

Persatuan ini telah diperakui pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 10hb Januari 2005 dengan nombor pendaftarannya ialah 2344-04-11. Pada asalnya Persatuan ini didaftarkan sebagai Persatuan Dato’-Dato’ Pahang 2004 (Persada) sebelum dipinda kepada nama Persatuan Dato’ Pahang pada 8/01/2013.

Penaung Persatuan ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Penasihat Persatuan ini pula adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. Ahli Jawatankuasa Persatuan ini dilantik Dua(2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa ini mengandungi Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Dua (2) Naib Yang DiPertua , Setiausaha, Penolong Setiausaha,Bendahari dan Dua Belas (12) Ahli-ahli Jawatankuasa dan Dua(2) Pemeriksa Kira-Kira.

Persatuan ini berperanan menjaga dan melindungi serta memelihara institusi kesultanan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang, menyumbangkan apa jua usaha urusan yang wajar demi mencapai tujuan-tujuan Persatuan untuk faedah serta kebaikan Raja, Negeri dan Rakyat dan memberi perkhidmatan sebagai badan perhubungan di antara ahli-ahli dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Kerajaan atau Badan-badan Awam, Persatuan atau Pertubuhan.

Sehingga ke hari ini jumlah keahlian Persatuan ini adalah seramai 330 orang. Keahlian Persatuan ini terbuka kepada mereka yang telah dianugerahkan dan menerima pangkat gelaran Orang Besar Negeri, Orang Besar Raja, Dato’-Dato’ Kurnia, Orang Besar Istana dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri/Dato’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Setiap ahli dikenakan bayaran yuran tahunan sebanyak RM120.00 dan bayaran pendaftaran keahlian sebanyak RM100.00. Sementara yuran keahlian untuk Ahli Seumur Hidup adalah sebanyak RM10,000.00.

borang-ahli1
qrcode2
cameron
Persatuan Dato' Pahang

Pautan Berkaitan

 
 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.0 atau Internet Explorer 8.0 dengan resolusi 1024 x 768 Hakcipta Terpelihara © 2016 Persatuan Dato Pahang(PDP) Penafian : PDP tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana- mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.